Followers

AKHIRAT JUA YANG ABADI

Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka.
Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia - sementara dan palsu.

Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan.
Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak erti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau TEN memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.

Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.
Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.


Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian:

Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.

Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.

Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. 

Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.
Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai cemeti untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita. 

                                                                     Wallahu 'Alam.


10 wasiat Hasan Al-Bana




1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodohBahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi* untuk menghapuskan kemungkaran* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawankuLuaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..





Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..

Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..


· Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila *****.. terus sasau.
· Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."

Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....

Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya.

wallahualam.
 Doakan kami di sini
Amman,jordan

Jiwang Karat Bersalut Islamik

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".
Tapi....
Tidak dinafikan adakalanya diri ini naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..
"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"
"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"
"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."
"Kasih saya hanya untuk suami"
Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.
Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.
Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.
Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!

Kenapa saya titikberatkan hal ini?
Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
(Surah an-Nur ayat 26)
Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?
Sedangkan Allah telah berfirman lagi:


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(Surah al-Ankabut ayat 2)

Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah!

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....


Sekadar peringatan

Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah 
auratmu, 
peliharalah akhlakmu, kuatkan 
pendirianmu. Andai 
ditakdirkan tiada cinta daripada Adam 
untukmu, 
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi 
dan 
menyinari kekosongan jiwamu, biarlah 
hanya cinta 
daripada kedua ibu bapamu yang 
memberi hangat 
kebahagiaan buat dirimu, cukuplah 
sekadar cinta 
adik- beradik serta keluarga yang 
membahagiakan 
dirimu.

Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan 
senang kerana 
kau akan memperolehi cinta daripada 
insan yang 
juga menyintai Allah. Cintailah kedua 
ibu bapamu 
kerana kau akan perolehi keredhaan 
Allah. 
Cintailah keluargamu kerana kau tak 
akan jumpa 
cinta yang bahagia selain dari cinta 
keluarga. 

Janganlah sesekali tangan yang 
mengoncang 
dunia juga yang mengoncang iman 
lelaki.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras 
rupa, lelaki 
yang soleh tidak memilih wanita melalui 
keseksiannnya, lelaki yang warak tidak 
menilai wanita melalui keayuannya, 
kemanjaannya, serta 
kemampuannya mengoncang iman 
lelaki. Tetapi 
lelaki yang baik akan menilai wanita 
melalui 
akhlaknya, peribadinya dan yang 
penting 
pegangan agamanya. 

Lelaki yang baik juga tidak 
menginginkan 
pertemuan dengan wanita yang bukan 
muhrimnya 
kerana dia takut memberi kesempatan 
kepada 
syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang 
warak 
juga tidak mahu bermain cinta kerana 
dia tahu apa 
matlamat dalam sebuah pertemuan 
lelaki dan 
wanita yakni sebuah perkahwinan.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah 
anak yang 
solehah buat kedua ibu bapamu, andai 
engkau 
sudah bersuami jadilah isteri yang 
meringankan 
beban suamimu, andai engkau masih 
ibu, didiklah 
anakmu sehingga dia tidak gentar 
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan 
kau risau 
jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, 
wanita 
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. 
Jangan 
dimulakan sebuah pertemuan dengan 
lelaki yang 
bukan muhrim kerana aku khuatir dari 
mata jatuh 
ke hati, maka lahirnya senyuman maka 
tercetusnya salam dan sekaligus 
disusuli dengan 
pertemuan takut lahirnya nafsu 
kejahatan yang menguasai diri.