Mereka yang
bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan
TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah
menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa
perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan
terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati
keperluan SEMASA.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa
BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah.. asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai
MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah... asalkan anda pun
BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya..
Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua
perkara..
· Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila *****.. terus sasau.
· Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak
berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba
kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan
orang dan tercalar maruah diri.
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk
makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya.. bersederhanalah
dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan
juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan
hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia
terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia.
Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin
dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan
janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.."
Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan
sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....
Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan
seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."
Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan
kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan
manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala
bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya.
wallahualam.
Doakan kami di sini
Amman,jordan
Amman,jordan
Hebat2...hehe
BalasPadambesa2 seja..bkan mcam ko..:P
Padamhaha...aik2?? kenapakah??duii bh blog aqu bukan ada apa2..sudah tu bida lg tu..haha
Padamadeh...jn ko gitu bh ..santik jga blog mu..hehe
Padamtapi xbole lawan blog kau lah...hehe
BalasPadam